Accelerate disasarkan kepada kaum wanita yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan kecil serta pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan.Ia menyediakan arahan praktikal tentang memulakan dan menjalankan perniagaan dan termasuk aktiviti, lembaran kerja, penilaian kendiri, glosari dan sumber tambahan untuk dirujuk di sepanjang pembelajaran.
Bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita, kurikulum Accelerate merangkumi latihan secara langsung, sesi latihan maya dipimpin oleh jurulatih, pembelajaran kendiri, siri ceramah menarik bersama pemimpin industri dan sesi terbuka sebagai sokongan tambahan dan membina rangkaian hubungan. Disokong oleh AT&T dan Visa, program Accelerate juga menawarkan peluang bimbingan untuk peserta mendalami pengetahuan dan pembelajaran mereka. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami berharap PKS dan mikro yang diterajui wanita lebih dilengkapi dengan kepintaran perniagaan untuk menangani cabaran dan kekal berdaya saing, terutamanya dalam persekitaran pasca pandemik.
Biar kami bantu anda dalam perjalanan keusahawanan anda untuk masa depan yang lebih baik. Sertai program kami hari ini!