Accelerate- Apa & Mengapa

Memacu Perniagaan Diterajui Wanita

Accelerate disasarkan kepada kaum wanita yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan kecil serta pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan.

Ia menyediakan arahan praktikal tentang memulakan dan menjalankan perniagaan dan termasuk aktiviti, lembaran kerja, penilaian kendiri, glosari dan sumber tambahan untuk dirujuk di sepanjang pembelajaran.

Sertai Kami

Program Kami

Menyokong Wanita dalam Perniagaan

Accelerate disasarkan kepada kaum wanita yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan kecil serta pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan.

Ia menyediakan arahan praktikal tentang memulakan dan menjalankan perniagaan dan termasuk aktiviti, lembaran kerja, penilaian kendiri, glosari dan sumber tambahan untuk dirujuk di sepanjang pembelajaran.

Sertai Kami

Apa

Asas Digital, Perniagaan & Kemahiran Literasi Kewangan

Siapa

32,000 Perniagaan mikro dan kecil yang diterajui oleh wanita

Bagaimana

Melalui latihan dan bimbingan mentor

Di mana

Usahawan di Malaysia, Indonesia, Nepal dan Vietnam

Mengapa

Untuk menyertai ekonomi digital dalam dunia pasca pandemik

Bila

Bermula dari Februari 2022

Gambaran Keseluruhan Program

Program ini terdiri daripada fasa Immersion dan fasa Pelaksanaan yang disokong oleh Mentoring untuk bilangan peserta yang terhad.

Immersion

Fasa Immersion mengandungi modul pembelajaran penting dalam bidang:

  • Kemahiran Keusahawanan dan Literasi Perniagaan
  • Kemahiran Literasi Kewangan
  • Kemahiran Literasi Digital

Semua kandungan dalam program Immersion tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Nepal dan Vietnamese.

Kandungan dipersembahkan dengan cara yang mudah difahami, interaktif dan menyeronokkan yang juga mesra alat mudah alih.

Pelaksanaan

Fasa Pelaksanaan menumpukan kepada menyokong peserta dalam fasa pasca-Immersion.
Ia dilakukan dengan 3 cara:

  • Sumber lanjut untuk pembelajaran kendiri tersedia melalui portal pembelajaran Accelerate
  • Sertai program Mentoring 2 bulan yang disediakan untuk bilangan peserta yang terhad
  • Sertai saluran media sosial kami melalui Facebook, Instagram, Telegram dan WhatsApp untuk terus berinteraksi dengan Sekretariat dan peserta lain untuk membuat jaringan hubungan dan belajar.


Bakal Usahawan


Kemahiran Perniagaan Keusahawanan
  • Adakah memulakan perniagaan sesuai untuk anda?
  • Membangunkan idea anda
  • Membina model perniagaan
  • Pendaftaran perniagaan
  • Menjaga diri sendiri

Kemahiran Kewangan *
  • Asas kewangan
    • Belanjawan
    • Simpanan
    • Pembiayaan
    • Pelaporan dan pemarkahan kredit

Kemahiran Literasi Digital
  • Asas-asas dalam talian
  • Kekal selamat dalam talian
  • Keselamatan siber untuk perniagaan kecil
  • Asas laman web
  • Asas media sosial
  • Asas E-dagang
 

Usahawan Baru


Kemahiran Perniagaan Keusahawanan
  • Menyemak semula Rancangan Perniagaan Anda
  • Operasi perniagaan asas
  • Jualan & Pemasaran
  • Pendaftaran perniagaan
  • Membina model perniagaan
  • Menjaga diri sendiri

Kemahiran Kewangan *
  • Asas kewangan
    • Belanjawan
    • Simpanan
    • Pembiayaan
    • Pelaporan dan pemarkahan kredit
  • Penyata kewangan
    • Penyata imbangan
    • Penyata untung & rugi
    • Penyata aliran tunai
  • Menyimpan rekod anda
    • Penyimpanan-rekod
    • Perakaunan dan perancangan belanjawan
    • Menguruskan inventori
    • Pendigitalan perniagaan

Kemahiran Literasi Digital
  • Asas-asas dalam talian
  • Kekal selamat dalam talian
  • Keselamatan siber untuk perniagaan kecil
  • Asas laman web
  • Asas media sosial
  • Asas E-dagang

Usahawan Berpengalaman


Kemahiran Perniagaan Keusahawanan
  • Menyemak perniagaan anda
  • Perhubungan pelanggan
  • Menjaga diri sendiri
  • Jualan & Pemasaran
  • Membina model perniagaan

Kemahiran Kewangan *
  • Asas kewangan
    • Belanjawan
    • Simpanan
    • Pembiayaan
    • Pelaporan dan pemarkahan kredit
  • Penyata kewangan
    • Penyata imbangan
    • Penyata untung & rugi
    • Penyata aliran tunai
  • Menyimpan rekod anda
    • Penyimpanan-rekod
    • Perakaunan dan perancangan belanjawan
    • Menguruskan inventori
    • Pendigitalan perniagaan

Kemahiran Literasi Digital
  • Asas-asas dalam talian
  • Kekal selamat dalam talian
  • Keselamatan siber untuk perniagaan kecil
  • Asas laman web
  • Asas media sosial
  • Asas E-dagang

* Kandungan daripada Practical Business Skills

Siapakah Anda

Usahawan Yang Manakah Anda?

Belajar daripada pengalaman orang lain untuk mendalami pengetahuan dan pembelajaran anda.

Bakal Usahawan

Anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri tetapi tidak tahu bagaimana? Anda mempunyai minat atau hobi yang boleh jana pendapatan tetapi tidak tahu di mana hendak bermula?

Sertai Accelerate untuk mengetahui cara untuk mengubah kemahiran, pengalaman dan minat anda kepada suatu perniagaan.

Anda akan mempelajari langkah-langkah penting untuk menentukan idea yang betul, mengenal pasti model perniagaan, mencari pelanggan dan menjalankannya!

Usahawan Baru

Anda baru sahaja memulakan perniagaan dan keadaan tidak begitu lancar terutamanya selepas pandemik. Anda tidak pasti sama ada perniagaan anda akan bertahan. Atau perniagaan anda berjalan baik tetapi anda ingin mengembangkannya tetapi tidak ada idea bagaimana caranya.

Sertai Accelerate untuk meneliti perniagaan anda dan lihat bagaimana anda boleh memikirkan semula atau membayangkan semula idea/model perniagaan anda untuk mencari pangkalan pelanggan baharu atau menemui peluang baharu yang boleh membantu anda membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya.

Usahawan Berpengalaman

Anda telah berniaga selama beberapa tahun dan perniagaan anda sudah mantap. Walau bagaimanapun, pandemik ini sama ada telah menyukarkan keadaan atau memberikan peluang baharu dalam ekonomi digital yang mencabar anda untuk menyesuaikan diri.

Accelerate boleh membantu anda mengemaskini kemahiran yang diperlukan untuk memberi nafas baru perniagaan anda atau memanfaatkan peluang baharu dalam ekonomi digital yang boleh membantu mengembang dan mengukuhkan perniagaan anda pada tahun-tahun akan datang.

Jawab soal selidik kami untuk membantu memberi pengalaman pembelajaran yang paling relevan untuk anda

Penonton Sasaran

25000+

vietnamese.entrepreneurs

6000+

malaysia.entrepreneurs

300+

nepalese.entrepreneurs

Mari sertai komuniti Usahawan Wanita dan rangkaian kami yang semakin bertambah sambil anda belajar!

BOLEHKAH SAYA SERTAI?

Kriteria Kelayakan

Jom sertai kami sekiranya anda:

  • Ya, kandungan portal Accelerate menawarkan 4 bahasa: Malaysia, Indonesia, Nepal atau Vietnam
  • Perempuan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Sudah mempunyai perniagaan ATAU bersedia untuk melancarkan perniagaan dalam masa 3 bulan akan datang
  • Komited untuk mengembangkan perniagaan anda dan menerima pakai pendigitalan
  • Mempunyai sambungan internet yang stabil melalui telefon pintar atau komputer riba
  • Mampu komited untuk program ini sekurang-kurangnya sebulan dengan penglibatan dalam talian sehingga 2 kali seminggu dengan minima 3 jam setiap sesi

Bagaimana Saya Boleh Ikut Serta?

Immersion

Menyertai komuniti dan program Accelerate adalah mudah. Begini caranya:
  1. Klik di sini untuk mendaftar
  2. Lengkapkan soal selidik yang ringkas
  3. Anda akan diberikan panduan tentang program Immersion yang paling sesuai untuk anda
  4. Selesaikan pembelajaran sama ada melalui :
    • Pembelajaran kendiri
    • Menyertai salah satu sesi Immersion dalam talian Accelerate kami (rujuk Kalendar)
    • Lengkapkan program Immersion dalam talian
    • Muat turun sijil anda
    • Beritahu kami jika anda ingin menyertai fasa Mentoring!

Pelaksanaan

Sebaik sahaja Immersion anda lengkap dan anda mendapat sijil, kami mengalu-alukan anda untuk terus belajar dan mengambil bahagian dalam modul pembelajaran lain yang kami sediakan semasa anda melaksanakan set kemahiran baharu anda:
  • Log masuk dan teruskan pembelajaran melalui bahagian sumber di dalam portal pembelajaran Accelerate
  • Akses sokongan lanjut dengan berkata "YA" kepada program Mentoring dan serahkan permohonan anda! Lakukan dengan pantas kerana tempat adalah terhad!
  • Sertai saluran media sosial kami melalui Facebook, Instagram, Telegram dan WhatsApp untuk terus berinteraksi dengan Sekretariat dan peserta lain untuk membuat jaringan hubungan dan belajar.Join our social media channels and share your journey and experience!
Program

Garis Masa Program

Bilakah semua ini berlaku?

SEPTEMBER 2023 - DISEMBER 2024

Immersion

SEPTEMBER 2024 - DISEMBER 2025

Pelaksanaan

FAQ

Accelerate Bersama Kami

Biar kami bantu anda dalam perjalanan keusahawanan anda untuk masa depan yang lebih baik. Sertai program kami hari ini!